Jumaat, 4 Mac 2011

TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI

Okay..ini tips yang saya amalkan ketika saya dan en hubby mula bosan dengan kerja-kerja di pejabat.

Harap dapat membantu kepada sesiapa yang sedang berfikir-fikir untuk memulakan perniagaan.

1-Jenis perniagaan / perniagaan apa

Sebelum kita berangan-angan atau mula mengembara ke daerah imaginasi yang melampau, kita kena fikir dahulu tentang jenis perniagaan yang mahu kita jalankan.
Sebagai contoh, ketika saya dan en hubby berfikir-fikir apakah bentuk perniagaan yang kami mahu jalankan, terlalu banyak yang kami fikirkan. Kami mahu buka kedai percetakkan t-shirt..maka lahirlah T-SHIRT TRADER SDN BHD. dan tiba-tiba saja, kami beralih arah kepada menjual barang-barang terpakai-bundle dan memfokuskan kepada kasut sahaja. Idea ini datang ketika kami pulang ke kampung sewaktu cuti.
 Bapa saya mempunyai perniagaan bundle sendiri. En hubby berfikir apa salah jika membuka perniagaan sama tetapi tapak yang berlainan kerana saya sendiri mempunyai pengalaman dalam bidang ini selama lebih 6 tahun ketika membantu ayah dalam perniagaannya. Kami juga pernah mencadangkan untuk membuka kedai baju-baju muslimah dan perabot jati seperti ibu en hubby tetapi membatalkan hasrat kerana merasakan ia tidak kena dengan jiwa.

2- Modal
setelah mengetahui peniagaan apa yang mahu dilakukan, perkara yang paling penting dalam segala hal ialah modal. Modal yang terkumpul mempengaruhi saiz perniagaan kita. kecil besar banyak sedikit modal memberi impak kepada perniagaan dan barang yang akan kita tawarkan. Kita juga perlu berfikir di mana kita mahu dapatkan modal tersebut. Ada orang hanya membuat pinjaman daripada bank yang ada tetapi saya dan en hubby tidak mahu menanggung risiko besar seperti itu. Jadi, kami perlahan-lahan menyimpan wang gaji dan mengikat perut demi memastikan modal yang kami harapkan dapat dikumpul. Alhamdulillah, setelah 5 bulan mengumpul, kami mampu tersenyum lebar kerana tidak perlu memeningkan kepala sendiri.

3- penyelidikan tentang tempat ./ lokasi perniagaan.
lokasi perniagaan juga memainkan peranan penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan. Kita perlu lihat persekitara tempat itu. Adakah ada orang lain yang menawarkan perniagaan sama? Adakah jenis barang sama dengan yang kita mahu tawarkan? apakah reaksi penduduk setempat jika kita membuka perniagaan di tempat itu? dan adakah sambutan itu pasti berlanjutan dan bukan bermusim?
Kita juga perlu melihat tentang kedudukan kedai dan sewa yang ada. Jangan pula sewa kedai mahal sehingga kita tidak mampu membayarnya di kemudian hari. Dan perlu difikirkan jika kita memerlukan kedai yang luas atau sekadar cukup-cukup ruang sahaja.Saya dan en hubby memilih kuala kangsar sebagai tapak perniagaan kerana ia merupakan market baru kepada perniagaan bundle. Kami tahu ada 4 kedai yang menawakan barang yang sama. tetapi kami juga tahu adakah sama barang yang mereka tawarkan dengan yang kami tawarkan.

4- persediaan fizikal dan mental.
ini yang penting. Setelah memikirkan hal-hal penting itu, sebelum memulakan perniagaan, kita kena bersedia fizikal dan mental. Kita kena faham bahawa mempunyai perniagaan sendiri dan bekerja dengan orang amat berbeza rasanya. Kita kena setkan minda bahawa kita kena bekerja 200 % rajin  berbanding ketika makan gaji kerana inilah taruhan kita. maruah kita, masa depan kita. Kita kena kerja lebih kuat daripada semua orang malah kita kena sentiasa bersedia jika terdapat halangan. Perlu menghadapi karenah pelbagai pihak terutama pelanggan dan kemungkinan pekerja kita.

5- letakkan sasaran dan matlamat.
Setelah memulakan perniagaan, kita kena pandai menguruskan kewangan dan hal-hal stok. Paling penting letaklah sasaran itu berpadanan dengan perniagaan. Jangan kita terlalu ghairah mahukan untung beribu-ribu jika modal hanya ratus-ratus sahaja.

6- tanamkan sikap kedekut.
bukan kedekut sampai nak makan pun tak mahu keluarkan duit. Kedekut bagi saya ialah kedekut jika melayan kehendak diri.Stabilkan dahulu perniagaan sebelum mahu membeli kereta besar, rumah besar, kedai besar kerana bila kita tidak mengukur baju di badan sendiri, kelak diri juga yang merana.

itu sajalah yang dapat saya kongsi. jika ada pertanyaan, saya boleh menjawabnya.

4 ulasan:

Namida @ Iza berkata...

assalammualaikum ween

tips yg baik dan bagus,lagi satu nk tmbah,kena kedekut juga pada sedara mara,takkan nk free sokmo kan...heheh...

azweennour berkata...

wslm.

cikza...

tu juga benda yang paling penting..sedara mara...sedara juga tapi bab niaga kenalah bayar.kalau tak banyak pun, bayarlah harga modal.

kan..kan...tak tan abang kau punya kedai, kau ambik free..tak kan anak kau punya kedai, kau suka hati amik barang..

yang saya menyampah, bila.. yang kita kena bagi free, yang dia...kita bayar modal siap dengan untung lagi.

dunia oh dunia..

Syafira Burhanuddin berkata...

Hi :)
Saya nak tanya, macam mana kita nak dapat supplier bundle? Saya terfikir jugak nak buat bisnes ni masa belajar dkt uni nanti.
Harap dapat membantu :D

LADIES BUNDLE BLOG berkata...

Salam..saya dalam proses nak bukak kedai bundle jugak..tapi kedai kecil-kecilan je..tips ni berguna sngt sbgi panduan.
saya ada jugak berniaga bundle online jugak..boleh tngok dkt blog ni;

www.ladiesbundlejoy.blogspot.com